- HORMAT
> Nabi Muhammad menganjurkan kita mengucapkan SALAM bila berjumpa sesama saudara Muslim bila berjumpa bagi mewujudkan sifat hormat-menghormati serta mengukuhkan tali persaudaraan di kalangan umat islam.
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sebelum ia menyayangi sasudranya seperti mana ia sayangi akan dirinya."
(hadis riwayat Bukhari)
#kod pertama menekankan sifat hormat-menghormati.Yang muda menghormati yang tua,Yang tua menyayangi yang muda.Si isteri menghormati dan menyanyagi Si suami, Si suami menyayangi dan mengasihi Si isteri.
2. HARMONI
>Nabi muhammad pernah berpesan melalui hadis baginda:
"Ziarahlah dari semasa ke semasa tentu ia akan menambahkan kasih sayang."
(hadis riwayat Tabrani)
(hadis riwayat Tabrani)
#kod kedua adalah memupuk suasana damai dan harmoni melalui konsep ziarah menziarahi.
3. PERHATIAN
>Nabi muhammad berpesan dalam hadis baginda yang berbunyi;
"Barang siapa ingin dipermudahkan rezeki atau dipanjangkan umurnya. hendaklah berterusan menyambung silaturrahim(hubungan)."
(hadis riwayat Bukhari)
#kod ketiga kalau di tinjau dari sudut emosi, seseorang akan merasa di hargai jikalau pasangannya,ibu,ayah,saudaranya,sahabatnya dan kenalannya menberinya perhatian.
4. MENGAMBIL BERAT
>Dapatlah di fahami melalui hadis dari nabi muhammad:
"Bandingan orang Mukmin dalam kecintaan,kasih-sayang dan tolong-menolong adalah ibarat satu jasad; apabila sakit sebahagian anggota, maka seluruh anggota tidak dapat tidur dan sakit."
(riwayat Ahmad dan Muslim)
#Kod kempat menerangkan perhubungan yang tulus ikhlas diantara mak dan anaknya,ayah dan anaknya,suami dan isteri,masyarakat sesama ahli jemaah nya,pemimpin dan rakyatnya,yang membawa ikatan spritual yang kukuh di hati bila konsep mengambil berat di amalkan dimana bila satu pihak mempunyai masalah pihak yang satu lagi turut merasa masalah itu.
5. EMPATI
>Kod empati adalah sejauh mana anda letakkan diri anda pada orang yang di samping anda dalam sesuatu situasi bagi memahami perasaan mereka itu.Tapi didalam banyak hal ramai yang mampu mengungkap kan simpati tetapi amat susah untuk meletakkan diri mereka didalam konsep Empati melainkan mereka yang mempunyai hati yang bersih yang di sinari nur kasih Allah.
sesungguhnya Junjungan besar kita Nabi Muhammad lah Seorang yang hebat didalam metakkan dirinya di dalam memahami perasaan setiap orang yang berjumpa nya untuk mengadu.KIta dapat melihat nya melalui Sikap orang di sekelilling baginda yang cinta dan menyanyangi baginda.Contohnya sikap para sahabat yang sanggup mati demi melindungi Nabi Di medan perang.Betapa mereka menyayangi kekasih Alllah ini.
sesungguhnya Junjungan besar kita Nabi Muhammad lah Seorang yang hebat didalam metakkan dirinya di dalam memahami perasaan setiap orang yang berjumpa nya untuk mengadu.KIta dapat melihat nya melalui Sikap orang di sekelilling baginda yang cinta dan menyanyangi baginda.Contohnya sikap para sahabat yang sanggup mati demi melindungi Nabi Di medan perang.Betapa mereka menyayangi kekasih Alllah ini.