KOD LEMAK BABI DALAM MAKANAN



Babi atau keturunannya adalah haiwan yang diharamkan oleh Allah. Firman Allah ertinya “Sesungguhnya diharamkan bagimu bangkai dan darah dan daging babi” (al-Baqarah 2:173). 

Yang dimaksud dengan lahmul khinzi-r (lahmun = daging, al khinzi-ru = babi) adalah babi yang telah dipotong-potong (pork) dan al khinzi-r adalah babi seutuhnya (pig). Jadi jangan pula ada yang mahu berdebat bahawa yang haram cuma dagingnya, sedangkan kulit, sum-sum dan tulangnya tidak. Ini kerana telah jelas BABI dan keturunannya haram.

Ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Masyarakat di sana bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan moden, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.?"


Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina.

Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."


Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghairah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."

Kemudian beliau memberikan contoh yang baik sekali dalam syariat Islam. Iaitu Islam mengharamkan beberapa jenis ternakan dan unggas yang berkeliaran di sekitar kita, yang memakan kotorannya sendiri. Syariah memerintahkan bagi orang yang ingin menyembelih ayam, lembu atau angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga hari, memberinya makan dan memperhatikan apa yang dimakan oleh haiwan itu. Hingga perutnya bersih dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteri dan mikroba. Kerana penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya. Itulah hukum Allah, seperti itulah hikmah Allah.


Ilmu pengetahuan moden telah mengungkapkan banyak penyakit yang disebabkan pemakanan daging babi. Sebagian darinya disebutkan oleh Dr. Murad Hoffman, seorang Muslim Jerman, dalam bukunya "Pergolakan Pemikiran: Catatan Harian Muslim Jerman", halaman 130-131: "Memakan daging babi yang terjangkiti cacing babi tidak hanya berbahaya, tetapi juga dapat menyebabkan meningkatnya kandungan kolestrol dan memperlambat proses penguraian protein dalam tubuh, yang mengakibatkan kemungkinan terkena barah usus, iritasi kulit, eksim, dan rematik. Bukankah sudah kita ketahui, virus-virus influenza yang berbahaya hidup dan berkembang pada musim panas kerana babi?"


Dr. Muhammad Abdul Khair, dalam bukunya Ijtihadat fi at Tafsir al Qur'an al Karim, halaman 112, menyebutkan beberapa penyakit yang disebabkan oleh daging babi: "Daging babi mengandungi benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia. Cacing-cacing ini akan berpindah kepada manusia yang memakan daging babi tersebut. Penyakit lain yang dibawa oleh daging babi banyak sekali, di antaranya:


  • Kolera babi. Iaitu penyakit berbahaya yang disebabkan oleh virus
  • Keguguran nanah, yang disebabkan oleh bakteri prosillia babi.
  • Kulit kemerahan, yang ganas dan melarat yang boleh menyebabkan kematian dalam beberapa kes, dan menyebabkan gangguan mental.
  • Penyakit pengelupasan kulit.
  • Benalu eskares, yang berbahaya bagi manusia.
Fakta-fakta berikut cukup membuat seseorang untuk segera menjauhi babi:


  • Babi adalah haiwan yang rakus dalam cara makan tidak dapat ditandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya.
  • Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, sama ada kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang bisa dimakan di hadapannya.
  • Ia membuang najis pada makanan yang berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali.
  • Ia memakan sampah,dan kotoran haiwan.
  • Ia adalah haiwan mamalia yang satu-satunya memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama, jika dibiarkan.
  • Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau.
  • Penelitian ilmiah moden di dua negara Timur dan Barat, iaitu Cina dan Sweden --Cina majoriti penduduknya penyembah berhala, sedangkan Sweden majoriti penduduknya sekular/kristian -- menyatakan: daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser usus dan kulit. Peratusan penghidap penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara mendadak. Terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil penelitian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Organ Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.

Kini kita tahu betapa besar hikmah Allah mengharamkan daging dan lemak babi. Untuk diketahui bersama, pengharaman tersebut tidak hanya daging babi saja, namun juga semua makanan yang diproses dengan lemak babi, seperti beberapa jenis makanan ringan dan coklat, juga beberapa jenis roti yang bahagian atasnya disapu dengan lemak babi. Kesimpulannya, semua hal yang menggunakan lemak haiwan hendaknya diperhatikan sebelum dimakan. Kita tidak memakannya kecuali setelah yakin bahawa makanan itu tidak mengandung lemak atau minyak babi, sehingga kita tidak terjatuh ke dalam kemaksiatan terhadap Allah SWT, dan tidak terkena bahaya-bahaya yang melatarbelakangi Allah SWT yang mengharamkan babi.

Berikut dilampirkan kod bagi senarai lemak babi yang biasa diguna dalam makanan ringan. Kebenarannya adalah masih belum dapat dipastikan. Namun kita disuruh untuk menjauhi perkara yang shubahah kerana menjauhi shubahah adalah menjauhi perkara haram.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...