SUATU KEBENARAN


Cabaran duniawi yang besar serta liputan kebenaran yang sentiasa
tertutup oleh pandangan kebendaan,hawa nafsu dan dorongan jiwa yang rendah menyebabkan manusia sentiasa mencari jalan-jalan yang pelbagai.Ada yang cuba mengerti hakikat kejadian alam dan keindahan; lalu ia tersungkurdengan keindahan alam yang tiada berpenghujung kepada Pinciptanya.Ada yang mencari kedamaian dengan melalui pelbagai jalan yang difikir oleh akal,tanpa panduan ilahi; lalu ia melalui jalan-jalan kesesatan dan berakhir dengan kefanaan dalam kesesatan.Benarlah wahyu Allah s.w.t dalam hadis Qudsi yang bermaksud:





BETAPA BANYAK ANGIN YANG BERTIUP MEMATIKAN LAMPU-LAMPU,
BETAPA RAMAI ABID , MUSNAH DISEBABKAN RASA UJUB DAN BANGGA,
BETAPA RAMAINYA ORANG KAYA , MUSNAH KERANA KEKAYAANNYA,
BETAPA RAMAI ORANG FAKIR , MUSNAH KERANA KEFAKIRANNYA,
BETAPA RAMAI ORANG YANG SIHAT , MUSNAH KERANA KESIHATANNYA,
BETAPA RAMAI ORANG ALIM , MUSNAH KERANA ILMUNYA,
BETAPA RAMAI ORANG JAHIL , MUSNAH KERANA KEJAHILANNYA.






Pencarian jalan yang benar mestilah lahir dari kesedaran yang benar kemudian melalui hanya lorong-lorong makrifah yang telah dirintis oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat.Pencarian ini bilamana telah
melalui jalannya yang benar,bukan sekadar mampu mengutip mutiara keindahan makrifah,tetapi jauh di sebalik itu, ialah kemampuan untuk membawa dan membesarkan laluan tersebut,agar dengannya tidak membawa manusia kejalan yang sesat,dan memandu manusia lain untuk melalui jalan(laluan kearah keredaan Allah dan mengenal dia) tersebut,dan hanya Allah yang maha tahu...




rujukan:












































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...