SELURUH amal ibadah dalam
islam sebenarnya bertujuan
untuk memperbaiki dan
meningkatkan kualiti hati,
SOLAT Tujuan utama solat adalah untuk mengingati allah .Maksud firman Allah:
"..dan dirikanlah solat untuk mengingatiku.."(surah TAHA :14)
"INGAT ALLAH" yang dimaksudkan disini adalah merasakan kehadiran Allah dalam diri ...
"FEELING OF GOD IN YOU"..Sehingga menimbulkan rasa takut ,kagum,malu,hina, dan
harap kepada Allah dalam hatimu.....
PUASA Tujuan puasa adalah untuk melahirkan sifat taqwa yakni kemampuan mengawal diri
dan berhati-hati dengan hukum-hakam Allah.Firman Allah bermaksud:
"Wahai orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana orang yang terdahulu
daripada kamu agar kamu menjadi orang yang bertakwa.."(suruh Al-Bakarah 2;183)
Takwa itu juga letaknya di hati.sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:
"..Takwa itu disini (sambil menunjukkan dada Baginda).:Dengan sifat takwa seseorang akan naik
''DARJATNYA'' firman allah yang bermaksud "sesunguhnya manusia yang mulia di sisi-ku ialah
mereka yang bertakwa".(suruh Al-Hujurat ;13)
ZAKAT Tujuan utama mengeluarkan zakat adalah untuk melatih hati agar mampu memberi
kepada aku orang lain.Sasaran ibadah zakat ialah untuk melunturkan sifat tamak ,rakus dan
pentingkan diri dalam hati manusia.Zakat itu kata asas yang bermaksud ''BERSIH''.Zakat fitrah
adalah untuk ''MEMBERSIHKAN" diri manakala zakat harta adalah untuk ''MEMBERSIHKAN''
harta.Dan dengan kebersihan diri dan harta ini akan bersihlah hati seseorang daripada kekotoran sifat
mazmumah.
HAJI Ibadah haji meletakan hati sebagai sasaran.Haji hakikatnya adalah kembara
seorang hamba membawa hatinya menuju Allah.
KORBAN Ibadah korban bertujuaan , ''MENYEMBELIH'' rasa cinta selain Allah
dalam hati manusia untuk hanya mencintai Allah.Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran ;
''Daging dan darah binatang korban itu tidak sampai kepada Allah.Tetapi apa yang sampai
ialah hati yang "BERTAKWA"..."
Sumber:majalah solusi( dari Telaga Biru )