DIRIWAYATKAN OLEH IKRAMAH BIN ABU JAHAL,BAHAWA PADA SUATU KETIKA ADA SEORANG LELAKI YANG PERGI KESEBUAH POKOK YANG DISEMBAH OLEH PENDUDUK KAMPUNGNYA.LELAKI ITU MARAH DENGAN PERBUATAN TERSEBUT YANG SUDAH TERANG-TERANGAN MENSYIRIKKAN ALLAH, MAKA DIAMBILNYA SEBILAH KAPAK SERTA NAIK KE ATAS KUDA MENUJU KE ARAH POKOK BERKENAAN UNTUK MENEBANGNYA.
TIBA DI PERTENGAHAN JALAN, LELAKI ITU TELAH DIHALANG OLEH IBLIS YANG MENJELMA DALAM RUPA SEORANG MANUSIA.BERKATALAH IBLIS KEPADA LELAKI SOLEH ITU,"ENGKAU HENDAK PERGI KEMANA?"
JAWAB LELAKI SOLEH ITU,"AKU HENDAK PERGI KE SEBUAH POKOK YANG DI SEMBAH OLEH ORANG RAMAI SEBAGAI SEMBAHAN SELAIN DARIPADA ALLAH,DAN AKU TELAH BERJANJI KEPADA ALLAH UNTUK MENEBANGNYA!!!"
IBLIS PUN MEMBERI AMARAN KEPADANYA, "APA URUSANMU DENGAN POKOK ITU?
BIARKANLAH,JANGAN SESEKALI KAU CUBA MENEBANGNYA !!!"
TETEPI LELAKI ITU TETAP TEGUH PADA PENDIRIANYA UNTUK MENEBANG POKOK TERSEBUT BAGI MENGELAKAN ORANG RAMAI MENJADI SYIRIK.KEDUA-DUA MEREKA BERGELUT DAN LELAKI SOLEH ITU BERJAYA MENGHUMBAN TUBUH IBLIS SEBANYAK 3 KALI.
SETELAH MERASA TIDAK MAMPU UNTUK BERLAWAN,IBLIS TERPAKSA MENYERAH KALAH.DIA MERAYU KEPADA LELAKI SOLEH ITU DENGAN BERKATA,"BALIKLAH KAU KERUMAHMU SEKARANG,DAN AKU AKAN MEMBERIMU EMPAT DIRHAM SETIAP HARI."
LELAKI ITU BERTANYA,"BENARKAH ENGKAU AKAN MENEPATI JANJIMU ITU?"
JAWAB IBLIS,"YA."
MAKA PULANGLAH LELAKI ITU KE RUMAHNYA.SAMPAI DI RUMAH,LELAKI SOLEH MENELITI DI BAWAH SEJADAHNYA.DIA TERKEJUT APABILA MENDAPATI DI BAWAH SEJADAH ITU ADA EMPAT KEPING DIRHAM.BEGITULAH YANG BERLAKU SELAMA TIGA HARI BERTURUT-TURUT.
BAGAIMANAPUN,SELEPAS ITU LELAKI TERSEBUT MENDAPATI TIDAK ADA LAGI EMPAT DIRHAM DI BAWAH SEJADAHNYA.LANTAS DIA PUN MENGAMBIL KAPAK,LALU MEMECUT KUDANYA MENUJU KE ARAH POKOK BERKENAAN.
SEKALI LAGI,BERDIRILAH IBLIS DALAM BENTUKNYA DAHULU UNTUK MENGHALANG PERJALANAN LELAKI ITU.IBLISBERTANYA KEPADANYA,"ENGKAU HENDAK KEMANE ?"
JAWAB LELAKI ITU ,"AKU INGIN MENEBANG POKOK ITU."
IBLIS BERKATA,"ENGKAU TIDAK MUNGKIN MELAKUKANNYA LAGI!!!"
MEREKA BERTENKAR DAN KEMUDIAN BERGELUT TETAPI MALANGNYA LELAKI ITU PULA YANG BERJAYA DIHUMBANKAN SEBANYAK TIGA KALI OLEH IBLIS.
LELAKI ITU HAIRAN LALU BERTANYA"MENGAPA KAMU PULA YANG BERJAYA MENGHUMBANKAN KU SEBANYAK TIGA KALI WALHAL DAHULU AKU YANG BERJAYA MENGHUMBAN KAMU??"
JAWAB IBLIS,"KERANA KEDATANGAN MU YANG PERTAMA KERANA ALLAH.DALAM KEADAAN ITU ,JIKALAU SEMUA ANAK BUAHKU BERKUMPUL DAN MENGHALANG MU ,NASCAYA MEREKA TIDAK AKAN DAPAT MENGALAHKAN MU.TETAPI HARI INI KEDATANGAN MU HANYALAH KERANA KAMU TIDAK MENDAPATKAN LAGI DIRHAM-DIRHAM ITU.KERANA KEADAAN MU BEGINI MAKA AKU AKAN DAPAT MENGALAHKAN MU.SEKARANG PULANGLAH ,KALU TIDAK AKU MEMENGAL LEHER MU!!!"
PULANGLAH LEAKI ITU DAN MEMBATALKAN NIATNYA UNTUK MENEBANG POKOK YANG DISEMBAH KAUM NYA.
MORALNYA
- SEHARUSNYA IKLASKAN NIAT ITU HANYALAH KERANA ALLAH KERANA SAIDINA UMAR TELAH BERPESAN KEPADA ANGKATAN TENTERA ISLAM BAHAWA UMAT ISLAM KURANG DARI SEGI KELENGKAPAN MATERIAL TETAPI MEREKA MENANG HANYALAH KERANA MAKSIAT MUSUH DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH.
- JADI WASPADALAH DALAM SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN ADAKAH ANDA SAMPAI KEPADA TINGKAT IKLAS YANG SEBENARNYA?RENUNGKANLAH.............
Sumber(Majalah Al-islam)....