RAHSIA KEISTIMEWAAN WANITA







1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.



3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang

yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
 
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5.Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu

diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.



7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau

dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan

ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada

anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu

neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di

udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih

besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,

memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT

memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka

beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT

mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa

seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu

tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang

sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



6 JENIS WANITA MALANG



"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan

yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang
Syadaqah."


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit

atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering

menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang

dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu

menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan

menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...