KITAB RISALAH TASAUF OLEH TUAN GURU SYEIKH DAUD BUKIT ABAL. MURSYID BAGI TARIQAH AHMADIYYAH IDRISSIAH DI BUKIT ABAL.
DISYARAH OLEH USTAZ MUHAMMAD HIZAM AL-AHMADI
(Dipetik daripada muzakarah di Bicarasufi.Com)
بسم الله الرحمن الرحيم
Matan: Terbahagi ugama kepada tiga. Pertama: IMAN, kedua: ISLAM, ketiga: IHSAN kerana ugama itu, adakalanya amalan dalam yakni hati maka dinamakan akan dia iman.
Syarah MH
Tok Guru Hj Daud Bukit Abal merujuk kepada hadith Jibril tentang IMAN ISLAM IHSAN. Matan hadithnya adalah seperti berikut:-
عن عمر رضي الله عنه قال : بينما نحن جلوس عـند رسـول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم اذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب ، شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثـر السفر ولا يعـرفه منا احـد. حتى جـلـس إلى النبي صلي الله عليه وسلم فـأسند ركبـتيه إلى ركبتـيه ووضع كفيه على فخذيه، وقـال: " يا محمد أخبرني عن الإسلام ".فقـال رسـول الله صـلى الله عـليه وسـلـم : (الإسـلام أن تـشـهـد أن لا إلـه إلا الله وأن محـمـد رسـول الله وتـقـيـم الصلاة وتـؤتي الـزكاة وتـصوم رمضان وتـحـج البيت إن اسـتـطـعت اليه سبيلا).قال : صدقت.فعجبنا له ، يسأله ويصدقه ؟قال : فأخبرني عن الإيمان .قال : أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الاخر وتؤمن بالقدر خيره وشره .قال : صدقت .قال : فأخبرني عن الإحسان .قال : ان تعبد الله كأنك تراه ، فإن لم تكن تراه فإنه يراك .قال : فأخبرني عن الساعة .قال : "ما المسؤول عنها بأعلم من السائل "قال : فأخبرني عن أماراتها .قال : " أن تلد الأم ربتها ، وان ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان"ثم انطلق ، فلبثت مليا ،ثم قال :" يا عمر أتدري من السائل ؟"قلت : "الله ورسوله أعلم ".قال : فإنه جبريل ، اتاكم يعلمكم دينكم "رواه مسلم [ رقم 8 ].
Maksudnya:- Daripada Umar radiyallahu anhu, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk disisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun diantara kami yang mengenalinya sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Lalu ia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, lantas ia berkata: Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu persuruh Allah, dan kamu mendirikan sembahyang, dan kamu mengeluarkan zakat, dan kamu berpuasa dibulan Ramadhan, dan kamu mengerjakan haji di Baitullah jika kamu berkemampuan pergi kepadanya. Lelaki itu berkata: Benarlah kamu. Maka kami pun merasa hairan terhadapnya kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.
Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku tentanh iman. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Bahawa kamu beriman kepda ALLAH, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari Qiamat dan kamu beriman kepada kadar baik dan burukNya. Lelaki itu berkata: Benarlah kamu. Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal ihsan. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Ihsan ialah bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya tetapi jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu. Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku dari hal hari kiamat. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Tidaklah yang bertanya itu lebih tahu daripada yang ditanya. Lelaki itu berkata lagi: Maka khabarkan kepadaku mengenai tanda-tandanya. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:Tanda-tandanya itu adalah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing menegakkan dan mendirikan binaan. Kemudian dia pergi, lalu aku terdiam beberapa lama. Setelah itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya: Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu? Aku menjawab: Allah dan RasulNya yg lebih mengetahui. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata: Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu. (Hadith ini dirawayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab al-Iman. Hadith nombor 8)