SEWAKTU petang yang tak berapa petang , termenung seorang remaja nih memikirkan hidup nye....
macam-macam yang di fikirkan....
die pon bercakap-cakap seorang diri dalam hatinya.....
"aku nih duit tiada,tapi nak la berkenderaan,sedap jugak ade kenderaan boleh jalan situ jalan sini,
gembiranye rasa kalau boleh dapat sebijik kenderaa,,"
sambil tuh dia berangan la.....
dalam berangan-ragan tuh menyebabkan dia tak puas hati dengan kehidupan yang dia ada ....
macam - macam dia persoalkan...
segala-galanya dia persoalkan...
"macam mana nak berkenderaan duit tak dak,
habuk ada la,"(tergelak-gelak tapi lepas tuh muram ya amat,maklum la habuk jer ada ha,ha,ha,)
Hingga terasa berat dan susah dalam hatinya,,,
tapi dia persoalkan juga satu soalan,,
"aku nih tak bersyukur ker dengan apa yang aku ada????
tak leh jadi nih rezeki Tuhan(Allah) aku, Dia bagi jugak,
makan , pakai cukup, tido pon die bagi lena,,"
tapi hati dia terus menerus juga merisaukan perkara yang memberatkan hatinya tadi,,,,
Jannnnnnng,,,,,Jannnnnng,,,,,..............
Tiba-tiba ada seekor CENGKERIK hinggap di tangan nye,,
die pon berdiskusi dalam hati nye...
"eh cengkerik nih kae ak katok mapuh,
ak tengoh pening-pening nih suko hati mu jah lending atas tangan ak,,"
Sambil tuh teringat pula dalam hatinya tak baik menyakiti terhadap sesama makhluk Allah..
hatinya jadi lembut balik dik teringat pasal pesanan Allah itu.....
sambil dia melihat-lihat cengkerik tuh...
Tiba-tiba dia merenung akan hidup cengkerik tuh...
yang selama ini dia tak perasan dan merenungi akan kehidupan makhluk ciptaan Allah bernama CENGKERIK yang sungguh luar biasa dan bererti.....
Sekali lagi dia berdiskusi dalam hatinya,,,
"CENGKERIK-CENGKERIK kau tak punya rumah,xpi aku ada rumah(selesa la dari cengkerik yang tidow tak berbntal dan bumbung,klu cengkerik moden pon setakat dok dalam kotak kayu jer he,he,he,)
kau makan daun-daun,aku tengok ,siap ayam KFC aku bedal(patut cepat gemok ,lemak tuh he,he,he,)
kau asyik-asyik bermastautin satu tempat jer sampai ke tua,ak tengok sampai Kelate ak jejak(nak kata dia kuat berjalan la tuh padahal kenderaan pon tak dak ha,ha,ha,)
ha,,ha,,ha,,ha,CENGKERIK-CENGKERIK aku lebih pada kau la HUMP,,"
dalam dia gembira sekejap tuh satu hal yang dia tak puas hati dengan si cengkerik nih,
dia pon berkata.....
"satu hal aku memang tak puas hati dengan mu nih,aku lebih segala-gala dari mu,
aku sedih juga,tapi kau kurang banyak dengan aku tapi kau hari-hari menyanyi kegirangan,,,
tak kira pagi,petang,siang malam KREKKK,,,KREKKKKK,,KREKKKKKK,,KREKKK,,"
dalam masa itu pon dia teringat kan kisah semut dengan seorang nabi Allah yang dibaca nya dalam sebuah buku..
tajuk nya bertawakal atau berserah diri,,
sedang nabi Allah ini melihat seekor semut menghurungi sebutir gandum. dia pon mengambil dan menangkap semut itu lalu mengurungi dia bersama dengan sebutir biji gandum tadi,lalu nabi Allah ini beredar dan selang dalam beberapa hari dia melihat kembali si semut yang dia kurung tadi bersama dengan sebiji gandum,,
alangkah terkejut nya nabi Allah ini semut itu tidak menghabiskan lagi gandum itu.
Dia pon berkata..........
"mengapa Wahai Si Semut kau tidak menghabiskan sebutir gandum yang aku beri padamu.?"
kerana sebutir gandum si semut berkata-kata dengan seorang nabi allah ini .
"Dengan tawakal kepadanya aku yakin bahawa dia tidak akan melupakan ku , ketika aku berpasrah kepada mu aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepada ku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi,"kata si semut.
Begitulah sangka di hatinya bahawa Si CENGKERIK dan Si SEMUT rupa-rupanya kuat dan yakin bertawakal kepada Allah.Ni lah apa yang Si cengkerik lebih dari Nya yang dia terlupa untuk mencarinya .Sehingga keperluan yang sikit mencukupi buat Si Cengkerik.Mereka tidak pernah bersedih hati mengenai apa yang Allah berikan pada mereka.Mereka begitu yakin Allah tidak akan melupai mereka dalam memberi rezeki kepada mereka.Begitulah Hadis baginda Rasullullah S.A.W> Allah itu menurut sangka hambanya jua.Kalau kita rasa sayang pada Allah begitulah Allah dengan kita jua.Kalau kita yakin dengan Allah begitulah Allah akan tunaikan apa yang kita perlukan.Betapa seorang remaja nih rupa-rupanya diajar supaya bersabar dan bertawakal melalui seekor cengkerik.
Sepatutnya kita lebih bersyukur kepada Allah melebihi makhluk Allah yang lain.Allah memberi kita kudrat dan ikhtiar dimana kita diberi pelepasan dari Allah untuk memilih haluan kehidupan kita.Kita sepatutnya lebih bersyukur berbanding makhluk Allah bernama cengkerik.Rupa-rupanya kita sememangnya lebih berbanding Makhluk Allah yang bernama cengkerik apa yang kita nak Allah bagi dan adakan , tetapi kita tidak pernah sedar apa yang kita dapat adalah pemberian dari Allah malah tidak merasa suatu kecukupan seperti
Si CENGKERIK dan Si SEMUT . Kita selalu merasa aku buat itu kerana aku padahal kita lupa untuk mengatakan dan merasai bahawa aku buat itu kerana Kudrat Allah yang dia beri.Apabila kita merasa kita yang buat itu ini mulalah hati kita mulai lupa dan lupa pada Allah.Mulalah kita tidak merasai kecukupan mengenai apa yang kita dapat kerana lantaran hati kita yang semakin kurang bersyukur dan bertawakal pada Allah.Apabila terputus ikatan hati seorang Hamba Allah Dengan Tuannya(Allah) mulalah kehidupan yang penuh kedamaiyan dan tenteram dalam hatinya lupus dan terus lupus.Mulalah dia mencari kebahagian dalam kemaksiatan dan kesengsaraan.
Fikirkanlah dan Renungkanlah Wahai sahabat sekalian......
sekian,,,,
SUATU PESANAN.
Ingatlah disaat hati kita gundah-gulana melalui kehidupan ini.Sebenarnya Allah memangil Hambanya berpasrah padanya dan mencarinya.Bila kita kekurangan Allah menyuruh meminta padanya.Bila kita Bersedih Allah menyuruh kita Rindu padanya.Tapi ramai yang berkata mengapa aku sudah berdoa pada Allah , Allah masih tidak melepaskan kesusahan di hati ini,Sebenarnya kita lupa bahawa kita belum berpasrah sepenuh nya kepadanya.Masih tergambar dihati kita ada yang selain Allah akan menolong kita.Ingatlah Allah tidak suka Hambanya menyukutuinya dengan sesuatu.Sesungguhnya tiada yang sebanding Allah.HUWA (Allah melampui segalanya).
TO PROVIDE
3 months ago