TIDAK MENGAIBKAN DAN MENGHINA ORANG LAIN

FIRMAN ALLAH:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ ﴿١١

"..Wahai orang yang beriman,janganlah suatu kaum
mengolok-olok kaum yang lain,(kerana) boleh jadi mereka
(yang diperolok-olokkan)lebih baik dari mereka 
(yang mengolok-olokkan); dan jangan pula wanita 
mengolok-olokkanwanita-wanita lain,
kerana boleh jadi wanita-wanita 
(yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita 
(yang mengolok-olokkan );dan janganlah kamu mencela
dirimu sendiri dan jangan pula kamu panggil-memanggil
dengan gelar yang buruk. 
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka)
 amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) 
sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) 
maka merekalah orang-orang yang zalim. .."

(surah Al-Hujurat:11)


Pesanan...
Berhatilah dalam berkata-kata takut-takut membawa binasa(binasa dunia takpa lagi,,kalau diseksa diakhirat(nauzubillah mudah-mudahan kita tidak termasuk golongan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...