Kenapa aku diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)
Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216)
Kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah: 286)
Kecewa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Ali-Imran: 139)
Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Ali-Imran: 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Al-Baqarah: 45)
Apa yang aku dapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
(At-Taubah: 111)
Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(At-Taubah: 129)
Macam mana aku nak bertahan?
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Yusuf: 12)
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
- KADANG-KADANG KITA SELALU BERTANYA DAN MEMIKIRKAN SEPERTI PERTAYAAN DI ATAS . APABILA KEHIDUPAN DUNIA MENCENGKAM SANUBARI KITA.SEDAR TAK SEDAR ADA YANG CUBA MENJAWAB SOALAN TADI DENGAN MELIBATKAN DIRI DALAM SUATU YANG BOLEH MENGEMBIRAKAN(MELALAI) MEREKA.ADA JUGA YANG CUBA MENGHILANGKAN PERTAYAAN DIATAS TETAPI TETAP GAGAL MENEMUI JAWAPAN MALAH KEADAAN LEBIH BERTAMBAH BURUK!!! DAN ADE CUBA MENJAWAB SOALAN DIATAS MENGUNAKAN HAWA NAFSU NYE DENGAN LIBATKAN SELURUH JIWA RAGANYA MENCINTAI DUNIA.INGATLAH SIAPA YANG BERTERUSAN MENCINTAI DUNIA SESUNGGUHNYA "DUNIA INI DAN SELURUH ISINYA TERKUTUK BAGI MANUSIA.KECUALI ORANG-ORANG YANG DIBERI PETUNJUK OLEH ALLAH TA`ALA."PESAN RASULLULLUH KEPADA PARA SAHABAT(DISALIN DARI BUKU RINGKASAN IHYA ULUMUDIN KRAYA IMAM AL-GHAZALI).
- TAHUKAH ANDA BAHAWA JIKA ANDA BERTANYA MENGENAI SOALAN ITU SEBENARNYA ANDA BERNASIB BAIK KERANA JAWAPAN YANG SEBENARNYA YANG AKAN DIJAWAB MENGENAI SOALAN DIATAS ADALAH BERPASRAH KEPADA ALLAH.JANGAN BIARKAN KEHIDUPAN DUNIA MENCENGKAM SANUBARI ANDA DAN JANGAN BIARKAN HATI ANDA BERHARAP PADA YANG SELAIN ALLAH.BIAR ALLAH YANG MEMBERI JAWAPAN KEPADA ANDA KERANA JAWAPAN DARINYA LAH YANG PALING TERBAIK DAN MENYELAMATKAN ANDA DARI SEKSANYA.JUGA MENYELAMATKAN ANDA DARI MENJADI ORANG YANG DISESATKAN OLEH SYAITAN DAN KUNCU-KUNCUNYA.DENGAN SOALAN YANG DITANYA DIATAS MENYEBABKAN ANDA MENEMUI JALAN PULANG KEPADA ALLAH DAN KEMBALI MERINDUI NEGERI AKHIRAT.
- DAN INGATLAH SELALU LAH AJUKAN APA YANG ANDA PERLUKAN DAN MAHUKAN HARUSLAH DITELITI DAN DIRUJUKKAN MELALUI DUA SUMBER YANG TERBAIK DAN TIDAK AKAN MEMBUAT ANDA SESAT(SESAT DARI MENEMUI JALAN PULANG KE NEGERI AKHIRAT DAN MENJADI HAMBA ALLAH YANG BERIMAN) SELAGI ANDA BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN SUNAH(AL-HIKMAH) NABI MUHAMMAD S.A.W.ITULAH PESANAN KEKASIH ALLAH YANG KITA CINTAI IAITU NABI MUHAMMAD S.A.W.INGATLAH PESAN RASULLULLAH "DUNIA INI LAKSANA PENJARA BAGI KAUM MUKMIN DAN SYURGA BAGI ORANG-ORANG KAFIR."JADI BERSABARLAH DIWAKTU KEHIDUPAN KITA DIDUNIA SESUNGGUHNYA AKHIRATLAH HALA TUJU DAN IMPIAN KITA YANG SEBENARNYA. LIHAT SAHAJA DIATAS SEGALA JAWAPAN ANDA DIJAWAB OLEH ALLAH MELALUI KALAM NYE AL-QURAN DIMANA AKAN MEMBUAT ANDA DAMAI DAN TENANG BUKAN MENJADI TIDAK TENTU HALA DAN SERABUT.
P/s;DAN INI SAYA BERTANYA KEPADA ANDA DAN DIRI SAYA ..
APA YANG KITA CARI????????
CARI JAWAPAN NYE YER,,,HE,,HE..
0 comments:
Post a Comment