WOW PENERJUN BERANI MATI!!!!!!!



Salam blogger hari nih kawe nak kongsi satu cerita dari negeri kawe pasal penerjun berani mati.Wow memang hebat la!!!!!!!(tapi bukan untuk ditiru atau diteladani tapi menjadi iktibar dan peringatan),,,,,,,,
Kota Bharu:sekeping tilam menjadi penyelamat(Alhamdulillah Allah masih memberi pelung untuk dia memohon ampun dan taubat !!!!) kepada nyawa seorang gadis lingkungan 20-an.Di mana cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat membeli belah KB MALL.
Di percayai menghadapi masalah cinta!!!! dengan teman lelakinya.Di sunting dari berita harian metro.


untuk menonton video ini silalah(LIHAT DISINI)
(bimbingan orang waras akalnya untuk penonton yang dibawah umur he,,he,,he,,)

Di sini disertakan ringkasan hukum membunuh diri dari kitab Halal dan Haram dalam Islam
(Dr. Yusuf Al-Qardhawi)


MEMBUNUH DIRI
  • Maka barang siapa yang membunuh dirinya sendiri dengan apa cara sekalipun,samalah dia telah membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya tanpa hak.
  • Kehidupan manusia itu tidak di miliki oleh sesiapa pun, kerana dia tidak menjadikan dirinya sendiri, malah satu anggota dari anggota-anggota tubuhnya atau sel dari sel-sel yang ada dalam tubuh itu.Justeru dirinya itu barang amanat yang diberikan Allah kepadanya untuk dipeliharanya.Jadi tidak boleh dia menyia-yiakan amanat itu atau bertindak sesuka hatinya kepada dirinya itu.Apatah lagi hendak menghapuskannya sama sekali!!!!!!!
  • Islam membentuk pengikutnya kuat keazamannya dalam menghadapi kesusahan dan tidak membenarkan orang muslim lari dari kehidupannya kerana ada cita-citanya tidak tersampai.
  • Sebab orang Mukmin itu diciptakan untuk berjihad , bukan untuk bersenang-lenang.Dia dijadikan untuk berjuang dan bukan untuk mengundurkan diri daripada pertarungan hidup(Mengabdikan diri kepada Allah)
  • Peringatan dari Nabi Muhammad s.a.w dalam hadis baginda:
"pada zaman sebelum kamu ada seorang lelaki mendapat luka-luka,dia tidak sanggup menanggungnya ,maka diambilnya pisau dan menghenjutkannya pisau itu ke urat nadi tangannya ,maka darah pun tidak berhenti-henti mengalir,hingga dia mati.Maka berkatalah Allah :
HambaKu telah mendahuluiKu dengan(membunuh)dirinya,sebab itu Aku mengharamkan baginya syurga."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
    • Kalau Allah telah mengharamkan syurga kepada orang yang tak boleh menahan lukanya lalu membunuh diri bagaimana pula dengan kisah Gewe kat atas tuh(nasib baik masih ada pertolongan Allah) dan yang sewaktu denganya yang lari dari kehidupan dan ujian dari Allah dengan membunuh diri!!!!!

    P/s: Nak suruh berjihad dengan berperang semua takut mati xpi untuk jadi penerjun berani mati ramai yang mengikutinya ish2!!!! Anda bagaimana???????

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...