ADA YANG KAFIR DAN ADA YANG IMAN KERANA HUJAN....


Berita dari Zaid bin Khalid Al-Junaini r.a mengatakan bahawa dia bercerita:
"...pada suatu kali Rasululluh s.a.w. menjadi imam Subuh bagi kani di Hudaibiah.
Sedangkan tadi malam habis hujan.setelah selesai solat ,Beliau menghadap kepada kami dan
bersabda :
"...tahukah tuan-tuan sekalian ,apa yang telah difirmankan allah..?"
 Jawab mereka,"...Allah dan RasulNya yang lebih tmengatahui..."
Kata Nabi , "..Allah berfirman ,pagi ini ada diantara hambaku yang beriman kepada Ku dan ada pula yang kafir.

Siapa yang mengatakan ,hari hujan kerana Rahmat dan Kurnia Allah,maka itulah orang yang iman Kepada Ku ,dan kafir kepada Bintang-bintang.
Tetapi siapa yang mengatakan ,hari hujan kerana bintang ini dan bintabg itu timbul,
maka itulah orang yang kafir kepadaku dan iman kepada bintang-bintang."

PENGAJARANNYA!!!
- Allah menegaskan bahawa kita haruslah yakin hanya pada kekuasaanNya sahaja.Tiada yang selainNya.
jangan pula ada yang yakin kerana itu dan kerana ini dimana banyak terjadi didalam masyarakat kita.
-Yakin pada-pada benda-benda tahyul ,tangkal dan terlalu ter pesona pada benda-benda yang pelik,
pada hal semuanya yang terjadi hanya kuasa Allah semata-mata.
-Allah juga menegaskan kepada hamba-hambaNYa supaya menjaga setiap apa yang diperkatakan,supaya terselamat dari syirik-syirik yang tersembunyi.
Nauzubillah mudah-mudahan kita dijaga oleh Allah akan semua hal yang kita tahu,tidak tahu,belum tahu atau apa-apa sahaja kerana hanya dia yang lebih mengatahui.Amin....

Fikirkanlah dan Hayatilah.........
Peningalan dari Rasullullah ini..
yang mana kamu tak akan sesat selama-lamanya selagi berpegang kepada sunahnya dan al-quran.


Sumber....
-Shahih Bukhari
(jilid 1,hadis 463 ,halaman 256)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...