Assalamualaikum wrbth....
Anda semua suka tak makan bebola ikan...mesti suka kan..apa lagi anak2 or adik2 kita..kalau buat sup perghhh...sedap giler,lawan dengan sambal kicap..mesti berpeluh punya..hehehe..emmm..kali ni saya nak citer ngan anda semua kesah bebola ikan yang dicampur dengan daging babi..masyaAllah...
Keji betul orang yang mencampurkan bahan2 tu kan..citer ni saya baru dapat hari ni melalui email dari seorang sahabat..perkara ni baru terbongkar semalam..jom la kita baca kat mana la kilang yang membuat kejer tak senonoh ni...
Operasi rahsia selama lima tahun terbongkar...
Ideris Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan diKepala Batas, Pulau Pinang semalam.
KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan,wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram. Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.
Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.
Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.
Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.
"Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah. "Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan,"jelas Ideris.
Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor.
Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan dikilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.
Jelas Ideris, jika disabit kesalahan,pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah
Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan dikilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.
Jelas Ideris, jika disabit kesalahan,pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah
AWAS : JANGAN MAKAN LAGI FISHBAL, NUGGET KALAU ANDA TAK KENAL /TAHU
SIAPA PEMBUATNYA TERUTAMA DI PASAR MALAM.
NASIHAT BUAT ANDA SEMUA..STOP MAKAN FISH BALL...TAK MATI KALAU TAK MAKAN..
di salin....